Wednesday, July 15, 2009

Dunia Hari Ini

Republik China

Subahanallah..
Innalillahiwainna ilai hirajiuun...

Berita kekejaman yang berlaku kepada saudara seIslam di China semakin membimbangkan atas pelbagai perkara yang berlaku. sebelum ini hapir 150 orang terbunuh, lagi berita terbaru mengenai tiga lagi etnik Ugihur terbunuh. Mengapa hanya etnik ini sahaja dan sehingga pihak tentera yang terlibat telah menembak mereka? Apakah yang sebenarnya berlaku kepada mereka?. pasti dan pasti ada sesuatu disebalik kejadain yang berlaku. Semakin jelas dapat dilihat bahawa kekejaman kerajaan (pemerintah) China boleh diertikan sebagai cubaan membunuh etnik yang umumnya ramai dikalangan Orang-orang Islam.

Melihat kepada perkembangan berita betapa tertindasnya mereka apabila media-media dan talian perhubungan disekat. Mengapa hal sedemikian berlaku kepada mereka? Mengapa dunia tidak boleh mengetahui perkembangan situasi mereka?

Mari sama-sama selidiki apa sebenarnya yang berlaku disebalik isu ini.


Polis dituduh lepaskan tembakan membabi butaURUMQI: Sekurang-kurangnya 140 maut apabila penduduk Islam Uighur merusuh di wilayah Xinjiang dalam ketegangan etnik paling buruk di negara itu dalam masa beberapa dekad.Keganasan di ibu kota wilayah itu, Urumqi, kelmarin membabitkan beribu-ribu orang, kata agensi berita Xinhua melaporkan angka kematian berkemungkinan meningkat. Lebih 800 lagi cedera dalam kejadian itu."Angka kematian di Xinjiang meningkat kepada 140 dan masih bertambah," menurut Xinhua dalam laporan terbaru, selepas pada awalnya berkata cuma tiga maut. Agensi berita berkenaan, memetik kenyataan pegawai kerajaan tempatan, menyatakan 'beratus-ratus' sudah pun ditahan kerana pembabitan dalam keganasan itu.Rangkaian televisyen CCTV menyiarkan rakaman dramatik menunjukkan perusuh menterbalikkan kereta polis dan memecahkan tingkapnya, seorang wanita ditendang ketika terbaring di atas tanah dan bas serta kenderaan lain terbakar."Semua pemilik kedai di sini amat takut," kata seorang pemilik bar berketurunan Han yang enggan dikenali kepada AFP.Dia menganggarkan kira-kira 3,000 perusuh Uighur, sebahagian daripada mereka bersenjata belantan kayu dan pisau.Kerajaan wilayah Xinjiang menyalahkan rusuhan itu ke atas Rebiya Kadeer, pemimpin Uighur yang tinggal dalam buangan di Amerika Syarikat, kerana mendalangi ketegangan berkenaan."Siasatan awal menunjukkan keganasan didalangi pemisah Kongres Uighur Sedunia diketuai Rebiya Kadeer," meurut kenyataan kerajaan yang dipetik Xinhua.Bagaimanapun, kumpulan etnik Uighur dalam buangan, yang sudah lama menentang pemerintahan China di Xinjiang, menuduh pasukan keselamatan bertindak keterlaluan dalam menyuraikan bantahan aman oleh beribu-ribu penduduk, dan berkata polis melepaskan tembakan membabi buta. Polis pencegah rusuhan dan pasukan keselamatan lain bersenjatakan mesingan dan membawa perisai dilihat di Urumqi semalam, menghalang bantahan selanjutnya, kata wartawan AFP di tempat kejadian.Trak yang membawa anjing polis turut dibawa ke Urumqi dan sebahagian besar kawasan Islam itu ditutup, katanya.Seorang pelancong Amerika memberitahu dia terdengar bunyi tembakan ketika keganasan merebak."Saya dengar bunyi tembakan dan melihat polis, kereta perisai putih, dua bas dipenuhi tentera dan trak hijau tentera yang diselimuti kanvas bergerak," katanya. a33; AFP
berita harian..

OIC minta China tangani sungutan minoriti muslim08/07/2009 6:55pmDUBAI 8 Julai — Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) meminta China menangani punca masalah yang membabitkan minoriti Muslim berikutan dengan keganasan etnik yang buruk di wilayah Xinjiang baru-baru ini.“Dunia Islam mengharapkan China, satu kuasa besar dan bertanggungjawab di dunia dengan sejarah hubungan persahabatan dengan dunia Muslim, menangani masalah minoriti Muslim di China dengan satu perspektif yang luas bagi menyelesaikan punca sebenar masalah itu,” menurut OIC yang beribu pejabat di Jeddah dalam kenyataan.Ia menyatakan OIC bersedia menghulurkan bantuan dan mengadakan rundingan dengan kerajaan China mengenai usaha-usaha untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di wilayah itu.

Menurut seorang jurucakap, setiausaha agung OIC Prof Ekmeleddin Ihsanoglu melahirkan kebimbangan terhadap keganasan itu dan penggunaan kekerasan yang tidak sewajarnya semasa insiden itu, yang dianggarkan sekurang-kurangnya 156 terbunuh dan lebih 1,000 orang cedera.“Setiausaha agung itu menggesa kerajaan China menjalankan siasatan dengan segera, berkesan dan telus mengenai keganasan yang serius itu dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan dengan segera dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mencegah insiden itu berlaku lagi dan memastikan mangsa-mangsa kejadian ini diberikan pampasan dengan sepenuhnya,” kata kenyataan itu.OIC menyatakan ramai mangsa keganasan itu adalah orang awam yang menunjukkan bahawa prinsip penggunaan kekerasan dan senjata api tidak mengikut undang-undang.Media melaporkan Xinjiang ialah tempat bagi kaum Uyghur yang mendakwa bahawa mereka didiskriminasi oleh kaum majoriti Han.— BERNAMAutusan

Sungguh dahsyat apa yang menimpa mereka tetapi apa tindakan dunia Islam adakah cukup dengan hanya mengecam ?

lihatlah pelbagai lagi usaha penindasan Ummat Islam diseluruh Dunia Hatta di Negara-negara OIC sekalipun..

Ayuh Diriku dan Ummah Kembalikan Iman Kepada Yang Hak iaitu dengan pengagungan kalimah Lailahaillah.. siapkan diri untuk berjihad..

ketahui maklumat dan perkembangan penindasan ummat islam dari blog ini..
http://soldier-of-muhammad.blogspot.com/

No comments: