Monday, December 3, 2007

9 Jenis Anak Syaitan

Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:


i. Zalituun

§ Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.

§ Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

ii. Wathiin

§ Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

iii. A'awan

§ Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.

§ Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

iv. Haffaf

§ Berkawan baik dengan kaki botol.

§ Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

v. Murrah

§ Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

vi. Masuud

§ Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

vii. Daasim (berilah salam dahulu sebelum masuk ke rumah...)

§ Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

viii. Walahaan

§ Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

ix. Lakhuus

§ Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

No comments: